Assalamulaikum wbt,
Jumpa lagi setelah hampir 3 minggu blog mula dilancarkan. Posting kali ini menceritakan secara ringkas sejarah serta objektif penubuhan PERAWAN.
Usaha penubuhan PERAWAN dimulakan oleh beberapa org pencinta Islam berasal dari MELAKA yg menetap di sekitar Kuala Lumpur pada bulan April 2008. Setelah beberapa siri perbincangan, PERAWAN secara rasmi telah ditubuhkan pada Isnin, 1 Ramadhan 1429/1 September 2008.
PERAWAN secara khusus ditubuhkan sebagai wadah anak-anak Melaka yg menetap di Lembah Kelang dapat berkerja secara tersusun dan teratur secara 'collective' bagi mengembalikan kegemilangan Islam di bumi MELAKA.
Objektif PERAWAN adalah:
(a) Mengumpul dan menggerakkan semangat kebersamaan serta ikatan silaturrahim antara anak-anak negeri Melaka yang berada di Lembah Klang.
(b) Menganjur dan melaksanakan sebarang aktiviti kebajikan berkaitan dengan peningkatan taraf kesedaran sosial dan pembangunan ummah.
(c) Melaksanakan kerja ke arah pengupayaan ummah melalui peningkatan ilmu, kemahiran dan daya membangun diri dengan nilai-nilai murni.
(d) Mengadakan dan melaksanakan kegiatan da'wah berlandaskan prinsip menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat.
(e) Menganjurkan kerjasama dengan badan-badan di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.
(f) Menggalakkan dan menganjurkan program Perjumpaan Silaturrahim Anak-anak Melaka di- Lembah Klang secara berkala.
Bagaimana struktur organisasi PERAWAN? Bagaimanakah anak-anak Melaka di-Lembah Kelang dapat hubungi PERAWAN? ....... Baca 'posting' seterusnya.
Dr. MSB
Pengerusi
PERAWAN
0 ulasan:
Catat Ulasan