Isnin, Julai 13, 2009

LAPORAN MESYUARAT KHAS 11/07/09

Salam,

Alhamdulillah mesyuarat telah berjalan dengan baik pada tarikh yg dirancangkan sekalipun kehadiran kurang memuaskan. PERAWAN merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.

PERAWAN juga mengucapkan ribuan terima kasih kpd al-Fadhil Ust. Ghani Abd. Rahman yg sudi datang untuk menyuntik semangat ahli PERAWAN supaya terus istiqamah.

PERAWAN juga ingin mengalu-alukan kesemua yang telah dicalonkan menganggotai barisan penggerak PERAWAN. Pengesahan perlantikan akan dimaklumkan dalam masa terdekat dan mesyuarat JK akan dilaksanakan secepat mungkin.

Banyak komen dan cadangan telah diberikan dlm mesyuart tersebut. PERAWAN akan membuat pengamatan lanjut terhadap cadangan tersebut dan dijadikan sebagai asas untuk merancang aktiviti PERAWAN.

Lihat gambar-gambar semasa mesyuarat khas tersebut. Kelihatan beberapa ahli bersemangat mengutarakan cadangan.

PERAWAN akan segera mengesahkan perlantikan JK. Pemakluman akan dilakukan melalui e-mail dan SMS.

Bagi mereka yg hadir mesyuarat, sila hantar maklumat anda seperti: nama, alamat e-mail dan nombor handphone ke perawan2008@yahoo.com atau ke 013-336 1259 sebaik sahaja membaca blog ini.

Adalah diharapkan semua yang terpilih dapat memberikan sumbangan terbaik memajukan PERAWAN dan memenuhi aspirasi yang dicita-citakan oleh al-Fadhil Ust. Ghani Abd. Rahman dan kita semua untuk melihat Islam tertegak di negeri Melaka.

Wassalam.

PERAWAN.

FOLLOWERS

PENGENALAN

Foto saya
Persatuan Anak Melaka diPerantauan ( PERAWAN ) merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan ( NGO ) yang ditubuhkan bagi menyatukan jalinan silaturrahim dikalangan Anak Melaka di perantauan khususnya di Lembah Klang. Ia diasaskan oleh berapa orang pencinta Islam yang berasal dari MELAKA yang menetap di sekitar Kuala Lumpur pada bulan April 2008. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya ia didaftarkan secara rasmi pada Isnin, 1 Ramadhan 1429/1 September 2008. Penyertaan Anak – Anak Melaka di Perantauan dalam PERAWAN amat diharapkan. Sebarang cadangan dan komentar boleh di emailkan kepada perawan2008@yahoo.com.

SEMBANG - SEMBANG


ShoutMix chat widget

COMMUNITY

 
© 2008 - [ Twirl ] diseñado por doxs | templates