Jumaat, Disember 05, 2008

ORGANISASI PERAWAN

Assalamu'alaikum wbt ,

PERAWAN ditadbir oleh Pemegang Amanah yg terdiri daripada:

1. DR. MOHD SAH BASIR -PENGERUSI (HP: 013-3361259)
2. MOHAMMAD SAAD SHAARI -TIMB. PENGERUSI (013-6330309)
3. MOHD ISA CHULAN MD KAUS -SETIAUSAHA (019-6412717)
4. ABD RASHID SHAPIE -BENDAHARI (019-6796445)
5. ABD HALIM SHAPIE -AJK (012-3136419)
6. MD KAUS ABDUL -AJK (012-2199251)
7. MOHD ALI ABU BAKAR -AJK (019-2276874)

Sebarang pertanyaan dsbgnya bolehlah anda salurkan melalui HP kepada Pemegang Amanah di atas, atau e-mail ke: perawan2008@yahoo.com

PERAWAN berusaha untuk menggumpulkan maklumat (database) anak-anak Melaka di Lembah Kelang. Borang akan di 'up-load' dalam masa terdekat.

W/bagaimanapun, 'for the time being' anda masih boleh terus mendaftar dgn menghantar maklumat asas anda ke e-mail rasmi PERAWAN (perawan2008@yahoo.com) dgn menyatakan nama penuh, alamat e-mail dan no. HP.

Disamping itu PERAWAN juga merancang untuk mengadakan pertemuan dengan anak-anak Melaka di Lembah Kelang. Bila? Tunggu pengumuman dari kami dgn terus layari blog PERAWAN dari masa kesemasa.

Tunggu apa lagi? Cepat-cepat berlumba utk membuat kebaikan!


Wassalam.

Pengerusi PERAWAN.

PERAWAN?

Assalamulaikum wbt,

Jumpa lagi setelah hampir 3 minggu blog mula dilancarkan. Posting kali ini menceritakan secara ringkas sejarah serta objektif penubuhan PERAWAN.

Usaha penubuhan PERAWAN dimulakan oleh beberapa org pencinta Islam berasal dari MELAKA yg menetap di sekitar Kuala Lumpur pada bulan April 2008. Setelah beberapa siri perbincangan, PERAWAN secara rasmi telah ditubuhkan pada Isnin, 1 Ramadhan 1429/1 September 2008.

PERAWAN secara khusus ditubuhkan sebagai wadah anak-anak Melaka yg menetap di Lembah Kelang dapat berkerja secara tersusun dan teratur secara 'collective' bagi mengembalikan kegemilangan Islam di bumi MELAKA.

Objektif PERAWAN adalah:

(a) Mengumpul dan menggerakkan semangat kebersamaan serta ikatan silaturrahim antara anak-anak negeri Melaka yang berada di Lembah Klang.
(b) Menganjur dan melaksanakan sebarang aktiviti kebajikan berkaitan dengan peningkatan taraf kesedaran sosial dan pembangunan ummah.
(c) Melaksanakan kerja ke arah pengupayaan ummah melalui peningkatan ilmu, kemahiran dan daya membangun diri dengan nilai-nilai murni.
(d) Mengadakan dan melaksanakan kegiatan da'wah berlandaskan prinsip menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat.
(e) Menganjurkan kerjasama dengan badan-badan di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.
(f) Menggalakkan dan menganjurkan program Perjumpaan Silaturrahim Anak-anak Melaka di- Lembah Klang secara berkala.

Bagaimana struktur organisasi PERAWAN? Bagaimanakah anak-anak Melaka di-Lembah Kelang dapat hubungi PERAWAN? ....... Baca 'posting' seterusnya.

Dr. MSB
Pengerusi
PERAWAN



Isnin, November 10, 2008

Salam Perkenalan!

Assalamulaikum wbt. & Salam Sejahtera,

Selamat datang ke blog http://perawan-melaka.blogspot.com/. Blog ini adalah merupakan blog rasmi Persatuan Anak Melaka di Perantauan atau nama singkatnya PERAWAN.

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai PERAWAN, sila kunjungi blog rasmi kami di http://perawan-melaka.blogspot.com dari masa kesemasa.

Maklumat mengenai sejarah penubuhan, objektif dan matlamat, dan Ahli Jawatankuasa PERAWAN akan menyusul dalam 'posting' seterusnya.

Sila kunjungi kami!

Sekian, wassalam wbt.

Dr. MSB
Pengerusi
Persatuan Anak Melaka di Perantauan
(PERAWAN)
e-mail: perawan2008@yahoo.com

FOLLOWERS

PENGENALAN

Foto saya
Persatuan Anak Melaka diPerantauan ( PERAWAN ) merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan ( NGO ) yang ditubuhkan bagi menyatukan jalinan silaturrahim dikalangan Anak Melaka di perantauan khususnya di Lembah Klang. Ia diasaskan oleh berapa orang pencinta Islam yang berasal dari MELAKA yang menetap di sekitar Kuala Lumpur pada bulan April 2008. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya ia didaftarkan secara rasmi pada Isnin, 1 Ramadhan 1429/1 September 2008. Penyertaan Anak – Anak Melaka di Perantauan dalam PERAWAN amat diharapkan. Sebarang cadangan dan komentar boleh di emailkan kepada perawan2008@yahoo.com.

SEMBANG - SEMBANG


ShoutMix chat widget

COMMUNITY

 
© 2008 - [ Twirl ] diseñado por doxs | templates