Khamis, Februari 26, 2009

HI-TEA PERAWAN

Assalamulaikum wbt,

Berjumpa lagi. Agak lama juga PERAWAN tidak menerbitkan sebarang pemakluman baru. Untuk makluman pembaca, PERAWAN dalam proses terakhir untuk menganjurkan satu program HI-TEA di satu tempat yang akan diumumkan nanti di Lembah Kelang.

Program HI-TEA ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan seberapa ramai anak MELAKA dan individu-individu yang mempunyai aspirasi yang sama dengan PERAWAN yang tinggal di Lembah Kelang.

Agenda utama HI-TEA ini adalah majlis pelancaran rasmi PERAWAN dan juga majlis silaturahim PERAWAN dengan semua yang hadir.

Terus membaca blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program HI-TEA PERAWAN.


Wassalam.


Pengerusi PERAWAN.

FOLLOWERS

PENGENALAN

Foto saya
Persatuan Anak Melaka diPerantauan ( PERAWAN ) merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan ( NGO ) yang ditubuhkan bagi menyatukan jalinan silaturrahim dikalangan Anak Melaka di perantauan khususnya di Lembah Klang. Ia diasaskan oleh berapa orang pencinta Islam yang berasal dari MELAKA yang menetap di sekitar Kuala Lumpur pada bulan April 2008. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya ia didaftarkan secara rasmi pada Isnin, 1 Ramadhan 1429/1 September 2008. Penyertaan Anak – Anak Melaka di Perantauan dalam PERAWAN amat diharapkan. Sebarang cadangan dan komentar boleh di emailkan kepada perawan2008@yahoo.com.

SEMBANG - SEMBANG


ShoutMix chat widget

COMMUNITY

 
© 2008 - [ Twirl ] diseñado por doxs | templates