Khamis, Disember 17, 2009

Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1431H


Maal Hijrah menyingkap sejarah
Kisah perpindahan Nabi Muhammad

Dari Kota Makkah menuju ke Kota Madinah

Untuk menyelamatkan Islam dari di tindas


Di tengah malam Rasul berjalan

Bersama Abu Bakar menjadi teman
Di dalam Gua Tsur mereka bersembunyi
Musuh mencarinya tiada berjumpa


Tiba di Madinah disambut dengan meriah
Seluruh mukmin bersyukur dan gembira
Selamatlah islam dari kekejaman

Terus berkembang membina sebuah impian


Hijrah rasul suatu hikmah

Dunia yang kelam bertukar cerah

Segala kekejaman kini lenyaplah sudah

Tanda agama Islam peroleh kemenangan

Hijrah rasul suatu iman

Ambillah ia menjadi panduan

Agar hidup kita tidak dalam kesesatan

Dalam kita menempuh ranjau kehidupan
Agar hidup kita tidak dalam kesesatan
Dalam kita menempuh ranjau kehidupan

Jumaat, November 27, 2009

MOHON SUMBANGAN DANA



MEMOHON SUMBANGAN DANA

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Muslim Youth Concern Society (MY Concern) akan menganjurkan Muslim Youth Smart Camp 2009 (MySmac 09).

2. Untuk makluman Tuan/Puan, My Concern merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membentuk generasi muda di Melaka yang hidup berpaksikan Islam.

3. MySmac 09 merupakan program tahunan yang dianjur oleh My Concern. Objektif utama program ini adalah:


  • Menyedarkan para peserta terhadap kewajipan serta tanggungjawab mereka sebagai seorang yang terpelajar untuk cemerlang dalam akademik dan hubungan kemasyarakatan.
  • Merapatkan hubungan antara para peserta serta mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka dan masyarakat luar.
  • Memberi penerapan kemahiran generik kepada setiap peserta khususnya kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah serta etika dalam berhadapan dengan zaman moden.

4. Berikut adalah butiran program MY SMAC 02 :

Tarikh : 18 hingga 22 Disember 2009
Tempat : Chalet Kenangan, Pengkalan Balak, Melaka
Peserta : Pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM

5. Persiapan untuk menjalankan program ini sedang rancak dijalankan, namun peruntukan yang diperolehi masih tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan/ Puan dapat memberi sumbangan sekadar yang termampu bagi memastikan kelancaran program ini.

6. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun:

Maybank 5541 1010 1976 Persatuan Belia Muslim Prihatin (MyConcern)

Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Wassalam.

“REFORMING TEENAGERS”

Yang benar,
…TT............
SHAHRIN AZAM ISMAON
Pengarah Program,
Muslim Youth Smart Camp 2009 (MySmac 09)
013-7318594

P/S: Boleh rujuk saya juga sebagai wakil Anak Melaka di Perantauan ( PERAWAN )
Mohd Khairul Hidayat Berahim ( 013-2007425 )

Selasa, November 24, 2009

Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha 1430H


Persatuan Anak Melaka di Perantauan ( PERAWAN ) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1430H kepada seluruh umat Islam khususnya kepada anak – anak Melaka di Perantauan. Bagi mereka yang memandu pulang untuk berhari raya dikampung,PERAWAN mendoakan semoga anda selamat sampai.

Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh. (27) Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin. (Al-Hajj :27 - 28)

- Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha 1430H-

Selasa, November 17, 2009

Terima kasih kepada yang terlibat Program Korban 1430H


Persatuan Anak Melaka di Perantauan ( PERAWAN ) mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menyertai Program Korban PERAWAN 1430H. Untuk makluman, PERAWAN berjaya menyumbangkan seekor lembu kepada Badan Perhubungan PAS Melaka untuk dilaksanakan ibadah korban. Semoga ibadah yang dilakukan dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.

Selasa, November 10, 2009

Bajet Melaka 2010

MELAKA, 9 Nov (Bernama) -- Melaka memperuntukkan Bajet 2010 berjumlah RM375 juta, atau peningkatan tambahan 20.1 peratus berbanding bajet tahun lepas sebanyak RM312.3 juta.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika membentangkan bajet itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkata bajet 2010 sekali lagi merupakan bajet lebihan sebanyak RM200,000, untuk enam tahun berturut-turut sejak 2005.

"Hasil kerajaan negeri dijangka meningkat kepada 20.1 peratus kepada RM375.2 juta berbanding RM312.4 juta pada tahun lepas," katanya di Seri Negeri, di sini Isnin.

Katanya bajet lebihan itu berasaskan kerajaan Melaka melaksanakan dasar perbelajaan berhemat yang dilakukan dengan teliti, cekap, berkesan dan berjimat sehingga memperoleh sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara ke atas akaun awam kerajaan negeri Melaka bagi tahun 2008.

Beliau berkata pelaksanaan bajet 2010 Melaka adalah berasaskan kepada empat strategi utama iaitu meningkatkan taraf hidup rakyat dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik, merealisasikan visi dan misi Melaka Maju 2010 berteraskan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

"Kedudukan Melaka sebagai destinasi pelancongan terulung akan diperkukuh selain merevolusikan pengurusan perkhidmatan kerajaan untuk mencapai prestasi perkhidmatan awam yang berintegriti tinggi," katanya.

Mohd Ali berkata bagi peruntukan mengurus, sejumlah RM68.9 juta disediakan untuk emolumen, RM96.8 juta untuk perkhidmatan dan bekalan, RM192.2 juta bagi pemberian dan kenaan bayaran tetap, RM15.6 juta untuk perbelanjaan lain dan RM1.5 juta diperuntukan untuk pembelian aset.

"Peruntukan bagi pembangunan pula sejumlah RM127.4 juta iaitu keperluan infrastruktur berjumlah RM91.8 juta, perumahan (RM10.5 juta), pertanian (RM4.6 juta), sosial (RM12.1 juta) dan pembangunan masyarakat (RM8.4 juta).

Mengenai prestasi ekonomi, Mohd Ali berkata Melaka turut terjejas akibat krisis ekonomi dan mencatatkan pertumbuhan negatif 6.2 peratus pada suku tahun pertama 2009.

Namun, beberapa petunjuk ekonomi Melaka masih bertahan dan menunjukkan peningkatan positif bagi tempoh Januari hingga Jun 2009 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

"Contohnya bilangan pelancong meningkat 24.6 peratus iaitu 4.05 juta pada enam bulan pertama tahun ini berbanding 3.26 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas," katanya.

Melaka juga mencatatkan cukai jualan sebanyak RM253 juta bagi tempoh yang sama berbanding RM153.6 juta iaitu peningkatan sebanyak 64.7 peratus yang disumbangkan kebanyakan oleh peningkatan bilangan pelancong.

Beliau juga berkata kerajaan persekutuan, menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PKE) menyuntik peruntukan sebanyak RM78.6 juta dalam PKE Pertama yang melibatkan 1,526 projek.

"PKE Kedua pula bernilai RM236.8 juta yang melibatkan 1,554 dan PKE ini telah menjadi pemangkin ekonomi dalam negeri serta meransang aktiviti sektor swasta dan menjamin kesejahteraan rakyat."

Bagi Sukan Malaysia (SUKMA) ke-13 yang akan dianjurkan oleh Melaka pada 10 Jun hingga 19 Jun 2010, kerajaan akan membelanjakan sejumlah RM105.7 juta bagi membina baru dan menaik taraf kemudahan sukan untuk temasya tersebut.

Isnin, November 02, 2009

PROGRAM QURBAN PERAWAN SEMPENA HARI RAYA QURBAN 1430H


Persatuan Anak Melaka diPerantauan ( PERAWAN ) dengan Kerjasama Badan Perhubungan PAS Melaka akan menganjurkan Program Qurban sempena Hari Raya Aidil Adha/Hari Raya Qurban 1430 H.

Untuk makluman,bayaran untuk 1 bahagian berjumlah RM360 dan daging korban yang disumbangkan ini akan diagihkan kepada golongan fakir miskin disekitar negeri Melaka. Justeru, sesiapa yang berminat boleh menghubungi Ust. Khairul Hidayat ( 013-2007425/012-6484280 ) atau email di : perawan2008@yahoo.com sebelum/pada 16 Nov 2009 ( Isnin ).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Barang siapa yang menyembelih (qurban) sebelum solat (‘idul adha), maka ia menyembelih untuk dirinya, dan barang siapa yang menyembelih sesudah solat solat dan dua khutbah, maka ia telah menyempurnakan tata caranya dan memenuhi sunnah orang-orang islam.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selasa, Oktober 27, 2009

Sukma: Melaka 'menyeleweng'-Berita Harian


Tuan rumah mahu teruskan hajat masuk semua jenis sukan tanpa had

TEMASYA Sukan Malaysia XIII, Mei depan, berdepan risiko 'tergelincir' daripada objektif utama penganjurannya ekoran ketegasan penganjur, Melaka, untuk memasukkan 'semua jenis sukan tanpa had'.

Pendirian itu, diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Induk Sukma Melaka 23 Julai lalu, adalah cubaan terbaru penganjur untuk ‘meramaikan’ jumlah penyertaan selepas pernah ditolak sebelumnya.

Ianya kerana pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Tertinggi Sukma Julai tahun lalu, sudah ditetapkan betapa temasya di Melaka akan hanya menyenaraikan 18 jenis sukan wajib selain tujuh sukan pilihan.

Ketetapan sama dipersetujui sebulat suara pada mesyuarat ketiga jawatankuasa sama, 26 Februari lalu - sehingga penganjur mengubah pendirian mereka.

“Penetapan jumlah sukan dibuat mengambil kira faktor seperti kemampuan tuan rumah seperti memiliki gelanggang dan tempat penginapan bersesuaian, jumlah pegawai teknikal mencukupi serta kemudahan pengangkutan memuaskan.

“Usaha Melaka membenarkan semua sukan tanpa ada cukup masa untuk kajian kesesuaian mengenai semua faktor penting dilakukan, bakal mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah,” kata satu sumber.

Namun usaha melobi sudah dibuat, menerusi kiriman surat kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Difahamkan, Melaka mahu 10 lagi jenis sukan dimasukkan untuk temasya itu.

Andainya Ahmad Shabery ataupun MSN membenarkan permintaan itu, ia mampu memulakan amalan yang boleh mengakibatkan matlamat sebenar penganjuran Sukma disisihkan.

Kerana temasya Sukma meletakkan sasaran sebagai medan mencungkil bakat muda berpotensi untuk mewakili negara di pentas tertinggi - dengan peruntukan tinggi sebagai persiapan - bukannya sebagai ‘temasya berbaur pelancongan.’

FOLLOWERS

PENGENALAN

Foto saya
Persatuan Anak Melaka diPerantauan ( PERAWAN ) merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan ( NGO ) yang ditubuhkan bagi menyatukan jalinan silaturrahim dikalangan Anak Melaka di perantauan khususnya di Lembah Klang. Ia diasaskan oleh berapa orang pencinta Islam yang berasal dari MELAKA yang menetap di sekitar Kuala Lumpur pada bulan April 2008. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya ia didaftarkan secara rasmi pada Isnin, 1 Ramadhan 1429/1 September 2008. Penyertaan Anak – Anak Melaka di Perantauan dalam PERAWAN amat diharapkan. Sebarang cadangan dan komentar boleh di emailkan kepada perawan2008@yahoo.com.

SEMBANG - SEMBANG


ShoutMix chat widget

COMMUNITY

 
© 2008 - [ Twirl ] diseñado por doxs | templates