MEMOHON SUMBANGAN DANA
Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Muslim Youth Concern Society (MY Concern) akan menganjurkan Muslim Youth Smart Camp 2009 (MySmac 09).
2. Untuk makluman Tuan/Puan, My Concern merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membentuk generasi muda di Melaka yang hidup berpaksikan Islam.
3. MySmac 09 merupakan program tahunan yang dianjur oleh My Concern. Objektif utama program ini adalah:

- Menyedarkan para peserta terhadap kewajipan serta tanggungjawab mereka sebagai seorang yang terpelajar untuk cemerlang dalam akademik dan hubungan kemasyarakatan.
- Merapatkan hubungan antara para peserta serta mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka dan masyarakat luar.
- Memberi penerapan kemahiran generik kepada setiap peserta khususnya kemahiran komunikasi, bekerja dalam kumpulan, penyelesaian masalah serta etika dalam berhadapan dengan zaman moden.
4. Berikut adalah butiran program MY SMAC 02 :
Tarikh : 18 hingga 22 Disember 2009
Tempat : Chalet Kenangan, Pengkalan Balak, Melaka
Peserta : Pelajar-pelajar lepasan SPM dan STPM
5. Persiapan untuk menjalankan program ini sedang rancak dijalankan, namun peruntukan yang diperolehi masih tidak mencukupi untuk menampung segala perbelanjaan. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan/ Puan dapat memberi sumbangan sekadar yang termampu bagi memastikan kelancaran program ini.
6. Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun:
Maybank 5541 1010 1976 Persatuan Belia Muslim Prihatin (MyConcern)
Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Wassalam.
“REFORMING TEENAGERS”
Yang benar,
…TT............
SHAHRIN AZAM ISMAON
Pengarah Program,
Muslim Youth Smart Camp 2009 (MySmac 09)
013-7318594
P/S: Boleh rujuk saya juga sebagai wakil Anak Melaka di Perantauan ( PERAWAN )
Mohd Khairul Hidayat Berahim ( 013-2007425 )
0 ulasan:
Catat Ulasan