Isnin, April 20, 2009

TERIMA KASIH: HI-TEA PERAWAN








Alhamdulillah, program Hi-TEA berjalan dengan lancar dan telah mendapat sambutan yang amat-amat membanggakan. Kehadiran lebih daripada jangkaan PERAWAN. Semangat MELAKA dah datang!

YB Dato' Husam Musa juga telah melancarkan secara rasmi penubuhan PERAWAN. Terima kasih Dato'.

PERAWAN ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berhormat Dato’ Husam Musa dan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas kesudian hadir, Al-Fadhil Ust. Abd Ghani Abd Rahman dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan barisan kepimpinannya yang telah berusaha keras menjayakan majlis ini. Penghargaan tidak terhingga juga kepada AJK PERAWAN yang tidak penat-penat berkerja sejak tiga bulan lepas, para penyumbang dan dermawan, pihak media HARAKAH dan SINAR, para wakil PERAWAN, bloggers yg menjadi penyebar tidak rasmi majlis dan semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan majlis ini.

Lepas ni, PERAWAN kena buat KERJA, KERJA, KERJA.... KERJA ....KERJA ................ . Sokongan dan bantuan anda di luar sana sangat-sangat dituntut.

Semuga semangat juang Panglima Dato' Gantang telah menyuntik semangat PERAWAN dan Anak-Anak Melaka.

TERIMA KASIH....Terima Kasih.


Pengerusi PERAWAN.

FOLLOWERS

PENGENALAN

Foto saya
Persatuan Anak Melaka diPerantauan ( PERAWAN ) merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan ( NGO ) yang ditubuhkan bagi menyatukan jalinan silaturrahim dikalangan Anak Melaka di perantauan khususnya di Lembah Klang. Ia diasaskan oleh berapa orang pencinta Islam yang berasal dari MELAKA yang menetap di sekitar Kuala Lumpur pada bulan April 2008. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya ia didaftarkan secara rasmi pada Isnin, 1 Ramadhan 1429/1 September 2008. Penyertaan Anak – Anak Melaka di Perantauan dalam PERAWAN amat diharapkan. Sebarang cadangan dan komentar boleh di emailkan kepada perawan2008@yahoo.com.

SEMBANG - SEMBANG


ShoutMix chat widget

COMMUNITY

 
© 2008 - [ Twirl ] diseñado por doxs | templates