Ahad, Ogos 23, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan 1430 H


Persatuan Anak – Anak Melaka di Perantauan ( PERAWAN ) mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN buat seluruh umat Islam di Malaysia khususnya Anak – Anak Melaka di Perantauan. Semoga Akademi Ramadhan kali ini berjaya menjadikan kita graduan – graduan yang menerima sijil takwa daripada Allah SWT.

Isnin, Julai 13, 2009

LAPORAN MESYUARAT KHAS 11/07/09

Salam,

Alhamdulillah mesyuarat telah berjalan dengan baik pada tarikh yg dirancangkan sekalipun kehadiran kurang memuaskan. PERAWAN merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir.

PERAWAN juga mengucapkan ribuan terima kasih kpd al-Fadhil Ust. Ghani Abd. Rahman yg sudi datang untuk menyuntik semangat ahli PERAWAN supaya terus istiqamah.

PERAWAN juga ingin mengalu-alukan kesemua yang telah dicalonkan menganggotai barisan penggerak PERAWAN. Pengesahan perlantikan akan dimaklumkan dalam masa terdekat dan mesyuarat JK akan dilaksanakan secepat mungkin.

Banyak komen dan cadangan telah diberikan dlm mesyuart tersebut. PERAWAN akan membuat pengamatan lanjut terhadap cadangan tersebut dan dijadikan sebagai asas untuk merancang aktiviti PERAWAN.

Lihat gambar-gambar semasa mesyuarat khas tersebut. Kelihatan beberapa ahli bersemangat mengutarakan cadangan.

PERAWAN akan segera mengesahkan perlantikan JK. Pemakluman akan dilakukan melalui e-mail dan SMS.

Bagi mereka yg hadir mesyuarat, sila hantar maklumat anda seperti: nama, alamat e-mail dan nombor handphone ke perawan2008@yahoo.com atau ke 013-336 1259 sebaik sahaja membaca blog ini.

Adalah diharapkan semua yang terpilih dapat memberikan sumbangan terbaik memajukan PERAWAN dan memenuhi aspirasi yang dicita-citakan oleh al-Fadhil Ust. Ghani Abd. Rahman dan kita semua untuk melihat Islam tertegak di negeri Melaka.

Wassalam.

PERAWAN.

Isnin, Jun 29, 2009

PEMAKLUMAN MESYUARAT KHAS

Salam,

PERAWAN akan menganjurkan satu MESYUARAT KHAS bertujuan untuk memantapkan barisan pengerak PERAWAN bagi memulakan program-program yang telah dan akan dirancanag sepanjang tahun 2009 dan selepasnya.

Mesyuarat khas tersebuat dijadualkan seperti berikut:

Tarikh: 11 Julai 2009 (Sabtu)
Masa: 230 petang
Tempat: Dewan Dato' Fadhil Noor
Markas Tarbiyyah PAS Pusat
Taman Melewar
Gombak.


AGENDA mesyuarat akan menyusul kemudian.

Jemputan mesyuarat melalui panggilan telefon peribadi dan e-mail akan dilakukan oleh AJK PERAWAN dalam minggu ini. Adalah amat diharapkan tuan/puan dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat khas ini.

Wassalam.

PERAWAN.

Ahad, Mei 17, 2009

MESYUARAT LAGI

Salam,

Mesyuarat lagi! Inilah komitmen tinggi yg ditunjukkan oleh PERAWAN. Mesyuarat kali ini bincangkan secara serious perancangan jangka pendek dan panjang PERAWAN.

Lihatlah photo yg menggambarkan betapa seriousnya AJK PERAWAN berbincang.


Walaubagaimana pun kejayaan PERAWAN amat bergantung kpd sokongan ahlinya. Inilah yang sedang PERAWAN rancangkan. Memanggil satu mesyuarat khas untuk mendapatkan 'input' dsbgnya drp semua. Kami amat-amat mengharapkan kehadiran tuan/puan semua.

Mesyuarat ini dicadangkan pada Sabtu, 20/6/09, 2.30 ptg. Tempat akan diberitahu kemudian. Bersedia untuk hadir dan menyumbang!. 'Earmark' tarikh tersebut dlm kalendar anda.

Wassalam.

PERAWAN

Sabtu, Mei 16, 2009

BERITA PERAWAN DI AKHBAR

Salam,

Di luar dugaan kami, berita ini tersiar di dalam sebuah akhbar. Walaubagaimana pun terima kasih kepada akhbar tersebut kerana telah mempromosi PERAWAN.



Wassalam.

PERAWAN.

PENGGERAK PERAWAN

Salam,

Diam tak diam dah hampir sebulan aktiviti pertama PERAWAN telah berlalu. PERAWAN dalam proses merancang aktiviti susulan dalam masa terdekat. Terus membaca blog ini untuk mendapat maklumat terakhir atau e-mail atau telepon AJK PERAWAN.

Bila cakap pasal AJK, kali ini kami paparkan photo mereka yang berterusan kerja kuat untuk menggerakkan PERAWAN.

L-R: Sdr Chulan dan Sdr Mohd Ali.
Tn. Hj. Rashid.
L-R: Sdr Yusof dan Sdr Jefri.
Cikgu Saad.
Tn. Hj. Yusof.

Photo ni di ambil semasa mesyuarat post-mortem Hi Tea PERAWAN.

Wassalam.

PERAWAN.

Isnin, April 20, 2009

TERIMA KASIH: HI-TEA PERAWAN








Alhamdulillah, program Hi-TEA berjalan dengan lancar dan telah mendapat sambutan yang amat-amat membanggakan. Kehadiran lebih daripada jangkaan PERAWAN. Semangat MELAKA dah datang!

YB Dato' Husam Musa juga telah melancarkan secara rasmi penubuhan PERAWAN. Terima kasih Dato'.

PERAWAN ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berhormat Dato’ Husam Musa dan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas kesudian hadir, Al-Fadhil Ust. Abd Ghani Abd Rahman dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan barisan kepimpinannya yang telah berusaha keras menjayakan majlis ini. Penghargaan tidak terhingga juga kepada AJK PERAWAN yang tidak penat-penat berkerja sejak tiga bulan lepas, para penyumbang dan dermawan, pihak media HARAKAH dan SINAR, para wakil PERAWAN, bloggers yg menjadi penyebar tidak rasmi majlis dan semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan majlis ini.

Lepas ni, PERAWAN kena buat KERJA, KERJA, KERJA.... KERJA ....KERJA ................ . Sokongan dan bantuan anda di luar sana sangat-sangat dituntut.

Semuga semangat juang Panglima Dato' Gantang telah menyuntik semangat PERAWAN dan Anak-Anak Melaka.

TERIMA KASIH....Terima Kasih.


Pengerusi PERAWAN.

FOLLOWERS

PENGENALAN

Foto saya
Persatuan Anak Melaka diPerantauan ( PERAWAN ) merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan ( NGO ) yang ditubuhkan bagi menyatukan jalinan silaturrahim dikalangan Anak Melaka di perantauan khususnya di Lembah Klang. Ia diasaskan oleh berapa orang pencinta Islam yang berasal dari MELAKA yang menetap di sekitar Kuala Lumpur pada bulan April 2008. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya ia didaftarkan secara rasmi pada Isnin, 1 Ramadhan 1429/1 September 2008. Penyertaan Anak – Anak Melaka di Perantauan dalam PERAWAN amat diharapkan. Sebarang cadangan dan komentar boleh di emailkan kepada perawan2008@yahoo.com.

SEMBANG - SEMBANG


ShoutMix chat widget

COMMUNITY

 
© 2008 - [ Twirl ] diseñado por doxs | templates