Lepas ni, PERAWAN kena buat KERJA, KERJA, KERJA.... KERJA ....KERJA ................ . Sokongan dan bantuan anda di luar sana sangat-sangat dituntut.
TERIMA KASIH....Terima Kasih.
Blog rasmi Persatuan Anak Melaka diPerantauan (PERAWAN).
Assalamulaikum wbt.,
Sukacita dimaklumkan Program Hi-Tea PERAWAN akan diadakan seperti yang berikut:
Tarikh: 18/04/09 (Sabtu)
Masa: 3.00 - 6.00 Petang
Tempat: Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor
Aturcara Majlis:
2.45 - Ketibaan Tetamu Kehormat dan Jemputan
3.00 - Ucapan Pesuruhjaya PAS Melaka (Ust. Ghani Abd. Rahman)
3.30 - Ucapan Pengerusi Persatuan Anak-Anak Melaka di Perantauan (PERAWAN)
4.00 - Ucapan YAB Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (MB Perak)
4.45 - Ucapan YB Dato' Hj. Husam Musa (Naib Presiden PAS)
5.30 - Jamuan dan Bersurai.
Untuk maklumat lanjut, mengenai program dan pembelian kupon, sila hubungi:
Sdr Setiausaha - 019-641 2717
Sdr Ali, AJK - 019-227 6874
Jumpa anda disana.
Wassalamua'alaikum wbt.
Pengerusi PERAWAN.
HI-TEA PERAWAN
Assalamulaikum wbt,
Berjumpa lagi. Agak lama juga PERAWAN tidak menerbitkan sebarang pemakluman baru. Untuk makluman pembaca, PERAWAN dalam proses terakhir untuk menganjurkan satu program HI-TEA di satu tempat yang akan diumumkan nanti di Lembah Kelang.
Program HI-TEA ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan seberapa ramai anak MELAKA dan individu-individu yang mempunyai aspirasi yang sama dengan PERAWAN yang tinggal di Lembah Kelang.
Agenda utama HI-TEA ini adalah majlis pelancaran rasmi PERAWAN dan juga majlis silaturahim PERAWAN dengan semua yang hadir.
Terus membaca blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program HI-TEA PERAWAN.
Wassalam.
Pengerusi PERAWAN.
Assalamulaikum wbt,
Jumpa lagi setelah hampir 3 minggu blog mula dilancarkan. Posting kali ini menceritakan secara ringkas sejarah serta objektif penubuhan PERAWAN.
Usaha penubuhan PERAWAN dimulakan oleh beberapa org pencinta Islam berasal dari MELAKA yg menetap di sekitar Kuala Lumpur pada bulan April 2008. Setelah beberapa siri perbincangan, PERAWAN secara rasmi telah ditubuhkan pada Isnin, 1 Ramadhan 1429/1 September 2008.
PERAWAN secara khusus ditubuhkan sebagai wadah anak-anak Melaka yg menetap di Lembah Kelang dapat berkerja secara tersusun dan teratur secara 'collective' bagi mengembalikan kegemilangan Islam di bumi MELAKA.
Objektif PERAWAN adalah:
(a) Mengumpul dan menggerakkan semangat kebersamaan serta ikatan silaturrahim antara anak-anak negeri Melaka yang berada di Lembah Klang.
(b) Menganjur dan melaksanakan sebarang aktiviti kebajikan berkaitan dengan peningkatan taraf kesedaran sosial dan pembangunan ummah.
(c) Melaksanakan kerja ke arah pengupayaan ummah melalui peningkatan ilmu, kemahiran dan daya membangun diri dengan nilai-nilai murni.
(d) Mengadakan dan melaksanakan kegiatan da'wah berlandaskan prinsip menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat.
(e) Menganjurkan kerjasama dengan badan-badan di peringkat negeri, nasional dan antarabangsa dalam usaha mencapai tujuan-tujuan di atas.
(f) Menggalakkan dan menganjurkan program Perjumpaan Silaturrahim Anak-anak Melaka di- Lembah Klang secara berkala.
Bagaimana struktur organisasi PERAWAN? Bagaimanakah anak-anak Melaka di-Lembah Kelang dapat hubungi PERAWAN? ....... Baca 'posting' seterusnya.
Dr. MSB
Pengerusi
PERAWAN
Dicatat oleh
PERAWAN MELAKA
di
12:45 PTG
0
ulasan
Label: PERAWAN MELAKA