Ahad, Mei 17, 2009

MESYUARAT LAGI

Salam,

Mesyuarat lagi! Inilah komitmen tinggi yg ditunjukkan oleh PERAWAN. Mesyuarat kali ini bincangkan secara serious perancangan jangka pendek dan panjang PERAWAN.

Lihatlah photo yg menggambarkan betapa seriousnya AJK PERAWAN berbincang.


Walaubagaimana pun kejayaan PERAWAN amat bergantung kpd sokongan ahlinya. Inilah yang sedang PERAWAN rancangkan. Memanggil satu mesyuarat khas untuk mendapatkan 'input' dsbgnya drp semua. Kami amat-amat mengharapkan kehadiran tuan/puan semua.

Mesyuarat ini dicadangkan pada Sabtu, 20/6/09, 2.30 ptg. Tempat akan diberitahu kemudian. Bersedia untuk hadir dan menyumbang!. 'Earmark' tarikh tersebut dlm kalendar anda.

Wassalam.

PERAWAN

Sabtu, Mei 16, 2009

BERITA PERAWAN DI AKHBAR

Salam,

Di luar dugaan kami, berita ini tersiar di dalam sebuah akhbar. Walaubagaimana pun terima kasih kepada akhbar tersebut kerana telah mempromosi PERAWAN.



Wassalam.

PERAWAN.

PENGGERAK PERAWAN

Salam,

Diam tak diam dah hampir sebulan aktiviti pertama PERAWAN telah berlalu. PERAWAN dalam proses merancang aktiviti susulan dalam masa terdekat. Terus membaca blog ini untuk mendapat maklumat terakhir atau e-mail atau telepon AJK PERAWAN.

Bila cakap pasal AJK, kali ini kami paparkan photo mereka yang berterusan kerja kuat untuk menggerakkan PERAWAN.

L-R: Sdr Chulan dan Sdr Mohd Ali.
Tn. Hj. Rashid.
L-R: Sdr Yusof dan Sdr Jefri.
Cikgu Saad.
Tn. Hj. Yusof.

Photo ni di ambil semasa mesyuarat post-mortem Hi Tea PERAWAN.

Wassalam.

PERAWAN.

Isnin, April 20, 2009

TERIMA KASIH: HI-TEA PERAWAN








Alhamdulillah, program Hi-TEA berjalan dengan lancar dan telah mendapat sambutan yang amat-amat membanggakan. Kehadiran lebih daripada jangkaan PERAWAN. Semangat MELAKA dah datang!

YB Dato' Husam Musa juga telah melancarkan secara rasmi penubuhan PERAWAN. Terima kasih Dato'.

PERAWAN ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berhormat Dato’ Husam Musa dan Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas kesudian hadir, Al-Fadhil Ust. Abd Ghani Abd Rahman dan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan barisan kepimpinannya yang telah berusaha keras menjayakan majlis ini. Penghargaan tidak terhingga juga kepada AJK PERAWAN yang tidak penat-penat berkerja sejak tiga bulan lepas, para penyumbang dan dermawan, pihak media HARAKAH dan SINAR, para wakil PERAWAN, bloggers yg menjadi penyebar tidak rasmi majlis dan semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan majlis ini.

Lepas ni, PERAWAN kena buat KERJA, KERJA, KERJA.... KERJA ....KERJA ................ . Sokongan dan bantuan anda di luar sana sangat-sangat dituntut.

Semuga semangat juang Panglima Dato' Gantang telah menyuntik semangat PERAWAN dan Anak-Anak Melaka.

TERIMA KASIH....Terima Kasih.


Pengerusi PERAWAN.

Selasa, Mac 24, 2009

PETUNJUK KE DEWAN SIVIK PJ


Salam,


Bagi memudahkan anda merancang perjalanan ke Dewan Sivik PJ untuk menghadiri program Hi-Tea PERAWAN pada Sabtu, 18/04/09, bersama-sama ini disertakan peta arah/petunjuk lokasi dewan tersebut.

Sekian untuk makluman semua.


Jumpa anda di sana, insyallah.


Wassalam.


Pengerusi PERAWAN

Isnin, Mac 23, 2009

PENGUMUMAN RASMI HI-TEA PERAWAN

Assalamulaikum wbt.,

Sukacita dimaklumkan Program Hi-Tea PERAWAN akan diadakan seperti yang berikut:

Tarikh: 18/04/09 (Sabtu)
Masa: 3.00 - 6.00 Petang
Tempat: Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor

Aturcara Majlis:

2.45 - Ketibaan Tetamu Kehormat dan Jemputan
3.00 - Ucapan Pesuruhjaya PAS Melaka (Ust. Ghani Abd. Rahman)
3.30 - Ucapan Pengerusi Persatuan Anak-Anak Melaka di Perantauan (PERAWAN)
4.00 - Ucapan YAB Datuk Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin (MB Perak)
4.45 - Ucapan YB Dato' Hj. Husam Musa (Naib Presiden PAS)
5.30 - Jamuan dan Bersurai.

Untuk maklumat lanjut, mengenai program dan pembelian kupon, sila hubungi:

Sdr Setiausaha - 019-641 2717
Sdr Ali, AJK - 019-227 6874

Jumpa anda disana.


Wassalamua'alaikum wbt.

Pengerusi PERAWAN.

Khamis, Februari 26, 2009

HI-TEA PERAWAN

Assalamulaikum wbt,

Berjumpa lagi. Agak lama juga PERAWAN tidak menerbitkan sebarang pemakluman baru. Untuk makluman pembaca, PERAWAN dalam proses terakhir untuk menganjurkan satu program HI-TEA di satu tempat yang akan diumumkan nanti di Lembah Kelang.

Program HI-TEA ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan seberapa ramai anak MELAKA dan individu-individu yang mempunyai aspirasi yang sama dengan PERAWAN yang tinggal di Lembah Kelang.

Agenda utama HI-TEA ini adalah majlis pelancaran rasmi PERAWAN dan juga majlis silaturahim PERAWAN dengan semua yang hadir.

Terus membaca blog ini untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai program HI-TEA PERAWAN.


Wassalam.


Pengerusi PERAWAN.

FOLLOWERS

PENGENALAN

Foto saya
Persatuan Anak Melaka diPerantauan ( PERAWAN ) merupakan pertubuhan badan bukan kerajaan ( NGO ) yang ditubuhkan bagi menyatukan jalinan silaturrahim dikalangan Anak Melaka di perantauan khususnya di Lembah Klang. Ia diasaskan oleh berapa orang pencinta Islam yang berasal dari MELAKA yang menetap di sekitar Kuala Lumpur pada bulan April 2008. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya ia didaftarkan secara rasmi pada Isnin, 1 Ramadhan 1429/1 September 2008. Penyertaan Anak – Anak Melaka di Perantauan dalam PERAWAN amat diharapkan. Sebarang cadangan dan komentar boleh di emailkan kepada perawan2008@yahoo.com.

SEMBANG - SEMBANG


ShoutMix chat widget

COMMUNITY

 
© 2008 - [ Twirl ] diseñado por doxs | templates